JKM cari waris kanak-kanak perempuan

JKM mencari waris kepada seorang kanak-kanak perempuan yang diserahkan bapa kandungnya kepada pengasuh di Melaka.
JKM mencari waris kepada seorang kanak-kanak perempuan yang diserahkan bapa kandungnya kepada pengasuh di Melaka.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Melaka Tengah sedang mencari waris seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan kepada seorang pengasuh pada Ogos tahun lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Rosmarlina Abdul Manaf berkata, bapa kandung kanak-kanak terbabit menyerah anaknya itu kepada pengasuh wanita di Melaka pada 28 Ogos 2020 dan sehingga sekarang gagal dihubungi.

Menurutnya, maklumat yang diterima pada MyKid kanak-kanak itu bernama Nur Syafiya Sofea Abdul Haq dan beralamat di Blok M, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Selangor.

"Laporan polis juga telah dibuat oleh pengasuh pada 19 Oktober lalu untuk merujuk kes kanak-kanak kepada pihak jabatan.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali waris kanak-kanak berkenaan diminta menghubungi Pegawai JKM atau Pelindung Kanak-kanak Melaka Tengah, Norhaffasyhaa Muhamad di talian 06-232 4797, 06-333 3333 (Extn: 3009)," katanya pada Rabu.

Artikel Berkaitan: