Jajaran paip pembetungan di Bandar Tasik Puteri masih di bawah pemaju

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa jajaran paip pembetungan di Bandar Tasik Puteri, Rawang belum diserahkan kepada Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dan masih di bawah penyelenggaraan pihak pemaju iaitu Rawang Lakes Sdn Bhd.

IWK dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, berdasarkan ketetapan yang dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada awal tahun 2017, Loji Rawatan Kumbahan Bandar Tasik Puteri A (GBK274) dan Loji Rawatan Kumbahan Bandar Tasik Puteri B (GBK 158) hendaklah diserahkan dahulu kepada IWK, sementara pemaju melaksanakan kerja-kerja pembaikan terhadap jajaran paip pembetungan di kawasan berkaitan.

"Sehubungan itu, kedua-dua loji terbabit telah diserahkan kepada IWK. Bagaimanapun, hanya jajaran paip pembetungan di kawasan tadahan GBK158 yang telah dipulihkan dan diserahkan sepenuhnya, sementara beberapa jajaran paip utama yang bersambung kepada GBK274 masih belum diserahkan sepenuhnya," kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, SPAN turut meminta pemaju membuat penyerahan secara berperingkat bagi jajaran paip pembetungan yang telah dibaik pulih.

Sebelum ini, IWK menerima beberapa aduan daripada penduduk di Jalan Hijau 3/16 Bandar Tasik Puteri berhubung limpahan air kumbahan yang memasuki rumah mereka.

Sehubungan itu, IWK meminta pemaju agar menyegerakan usaha membaik pulih jajaran paip pembetungan tersebut, seterusnya menyerahkan kepada IWK secepat mungkin bagi kerja-kerja pengoperasian dan penyelenggaraan.

Artikel Berkaitan: