X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Pertemuan dengan ketua bahagian UMNO perhalusi suara akar umbi

Ahmad
A
A

SHAH ALAM - Pertemuan Presiden UMNO dengan ketua-ketua UMNO bahagian seluruh negara pada Selasa merupakan alternatif kepada konvensyen di peringkat negeri dan kebangsaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuat kuasa ketika ini.

Beliau berkata, sebanyak 189 bahagian termasuk jumlah sama bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang berjaya menyelesaikan mesyuarat perwakilan masing-masing.

"Ia sebagaimana tuntutan perlembagaan kecuali Tanah Merah yang digantung, manakala Tuaran bersidang pada minggu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Annuar enggan komen, dalam tempoh bertenang

BN pecat Annuar Musa, lantik Ahmad Maslan Setiausaha Agung BN

"Lazimnya, konvensyen di peringkat negeri-negeri dan kebangsaan menyusul bagi memperhalusi setiap usul-usul UMNO bahagian yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO.

"Memandangkan keperluan mematuhi SOP PKPP yang sedang berjalan, pertemuan dengan ketua-ketua UMNO bahagian dijadikan alternatif kepada konvensyen," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pertemuan tersebut adalah amalan lazim untuk kepimpinan tertinggi mendengar dan memperhalusi suara akar umbi sebelum sebarang usul dibawa secara rasmi kepada Malis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO untuk dibahas dan diputuskan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!