Laluan Jambatan Attaduri ke Chikus ditutup

Laluan Jambatan Attaduri ke Chikus, di sini terpaksa ditutup berikutan kerosakan jalan yang berlaku akibat arus deras dan limpahan air dari Sungai Batang Padang. Foto: - Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak.

A
A
A

LANGKAP - Laluan Jambatan Attaduri ke Chikus, di sini terpaksa ditutup berikutan kerosakan jalan yang berlaku akibat arus deras dan limpahan air dari Sungai Batang Padang.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak berkata, laluan tersebut ditutup kepada pengguna jalan raya atas faktor keselamatan bermula 11 malam pada Isnin.

Menurutnya, laluan alternatif yang dicadangkan dilalui di jalan lama ke rumah pam Chikus bagaimanapun hanya untuk kenderaan ringan.

"Kita telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan dengan menutup laluan tersebut kepada semua kenderaan.

"Bagaimanapun kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan," katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.

Sementara itu, Pejabat Exco Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak mengesahkan kejadian tersebut.

Jelasnya, kenyataan rasmi berhubung kejadian itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: