X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Dua lelaki leka proses air ketum dicekup

Sebahagian daripada suspek yang ditahan dalam operasi bersepadu AADK bersama polis di sekitar jajahan Jeli.
A
A

JELI - Dua lelaki yang leka memproses air ketum dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jeli dalam operasi bersepadu bersama polis di sekitar jajahan ini.

Ketua Pegawai AADK Jeli, Aris Fadzillah berkata, kedua-dua lelaki itu dicekup dalam serbuan berasingan di Kuala Balah dan Batu Melintang.

"Dalam operasi bersepadu itu, AADK Jeli dan polis telah berjaya melakukan 43 tangkapan termasuk dua suspek yang sedang memproses air ketum.

"Selain itu, kita turut merampas dadah jenis Yaba (15 biji), Syabu (1.2 gram) dan air ketum (3.3 liter)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, dua kilogram daun ketum turut dirampas dalam serbuan yang melibatkan 59 anggota dari AADK dan polis itu.

Beliau berkata, semua suspek yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 60 tahun.

Dalam pada itu, Aris berkata, AADK Jeli akan terus melipat gandakan operasi bersama polis dalam usaha mencegah aktiviti penagihan dadah di kawasan berkenaan.

Katanya, AADK Jeli mengambil serius perkara itu yang dilihat boleh memberikan impak negatif kepada masyarakat.

"Kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan aktiviti penagihan tampil untuk bekerjasama dalam usaha membanteras perkara ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!