Terus meningkat, mangsa banjir di Pahang kini 13,626 orang

Seorang penduduk Roslan Abdullah, 51 melihat tongkang yang terbalik di Pantai Kampung Baru Beserah, Kuantan, pada Ahad. Menurut Roslan tongkang hanyut itu disedari terdampar 1 Januari lalu akibat laut bergelora dan dihanyutkan ombak kuat. - Foto Bernama
Seorang penduduk Roslan Abdullah, 51 melihat tongkang yang terbalik di Pantai Kampung Baru Beserah, Kuantan, pada Ahad. Menurut Roslan tongkang hanyut itu disedari terdampar 1 Januari lalu akibat laut bergelora dan dihanyutkan ombak kuat. - Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang meningkat kepada 13,626 orang daripada 3,607 keluarga setakat jam 5 petang pada Isnin berbanding 9,684 orang pada sebelah pagi.

Berdasarkan laporan InfoBencanaJKM, sebanyak 200 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan daerah terjejas, Kuantan, Pekan, Raub, Maran, Bentong, Temerloh, Jerantut, Rompin dan Lipis.

Bagi daerah Kuantan, sebanyak 31 PPS dibuka menempatkan 3,314 mangsa daripada 892 keluarga.

Sementara di daerah Temerloh, 17 PPS dibuka dengan bilangan mangsa 900 orang daripada 235 keluarga.

Seramai 253 mangsa daripada 61 keluarga mangsa banjir di Bentong kini berada di empat PPS.

Maran yang menjadi antara daerah yang terjejas teruk pada banjir gelombang ketiga di Pahang kini merekodkan 3,926 mangsa daripada 1,082 keluarga di 32 PPS yang dibuka di daerah itu.

Bagi daerah Rompin, sembilan PPS dibuka ketika ini menempatkan 772 mangsa daripada 207 keluarga manakala di Pekan 193 mangsa daripada 44 keluarga kini berada di enam pusat pemindahan.

Seramai 1,688 mangsa banjir di daerah Raub melibatkan 477 keluarga berada di 46 PPS di daerah itu.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 30 PPS dibuka di Jerantut yang kini menempatkan 1,458 mangsa daripada 324 keluarga sementara di Lipis 25 PPS dibuka dengan bilangan mangsa di daerah itu seramai 1,122 mangsa daripada 285 keluarga.