X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO Gua Musang tolak kerjasama dengan Bersatu

Tengku Razaleigh ketika menyampaikan amanat sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang pada Sabtu.
A
A

GUA MUSANG - UMNO Gua Musang memutuskan untuk menolak sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ketetapan berkenaan dibuat berdasarkan suara akar umbi peringkat cawangan.

Menurutnya, keputusan tersebut merupakan perkara utama daripada lima usul yang diluluskan ketika Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang pada Sabtu.

“Kerjasama antara UMNO dan Pas dikukuhkan melalui pengukuhan Muafakat Nasional (MN).

ARTIKEL BERKAITAN: MT akan putuskan usul tolak kerjasama dengan Bersatu

'Akar umbi UMNO tidak mahu dikhianati Bersatu'

Cadang tarik diri sokong kerajaan jika PRU15 tidak dilaksana segera

“(Bagaimanapun) kerjasama ini perlu dikaji semula sekiranya Pas tidak mengutamakan hubungan dengan UMNO dalam MN," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tengku Razaleigh berkata, UMNO Gua Musang turut mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh suku pertama tahun ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, sekiranya PRU15 tidak dapat diadakan dalam masa terdekat, semua ahli Parlimen daripada UMNO perlu menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mohd Syahbuddin (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tengku Razaleigh sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Gua Musang pada Sabtu.
Mohd Syahbuddin (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tengku Razaleigh sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Gua Musang pada Sabtu.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah berperanan besar menjatuhkan kerajaan PH dan telah menyokong pembentukan kerajaan PN sehingga PRU15 demi rakyat.

“Kerajaan PN yang dibentuk itu telah menafikan hak-hak dan suara UMNO dan BN dalam kerajaan hari ini,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, situasi yang UMNO hadapi kini ialah persoalan hidup mati, masa depan dan survival parti.

Sementara itu, antara usul lain yang diluluskan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang itu ialah mendesak supaya UMNO bertanding tidak kurang daripada jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada PRU14.

Selain itu, mereka turut mencadangkan agar UMNO bahagian diberikan kuasa sepenuhnya untuk memilih dan menentukan calon pada PRU15 nanti.

Hadir sama, Timbalan UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim dan Naib Ketua Bahagian Gua Musang, Ab Aziz Yusof.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!