X

Kindly register in order to view this article
!

MT akan putuskan usul tolak kerjasama dengan Bersatu

Ahmad Zahid (tengah) pada sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bahagian Bagan Datuk pada Ahad.
A
A

BAGAN DATUK - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan berbincang mengenai usul menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dikemukakan melalui mesyuarat UMNO bahagian.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam satu tinjauan menerusi kumpulan WhatsApp ketua-ketua UMNO bahagian sebelum ini, terdapat 143 daripada 191 ketua UMNO bahagian memutuskan bahawa mereka tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15.

Beliau berkata, apabila keputusan itu dijadikan usul secara rasmi di peringkat perwakilan UMNO bahagian, ia harus diberikan perhatian dan diterima oleh UMNO Pusat.

"Usul-usul ini akan dibincangkan di peringkat MT. Saya harap keputusan yang akan dibuat MT nanti harus diterima sebagai keputusan parti sama ada ahli MT atau ahli Parlimen itu berada dalam kerajaan atau sebagai ahli Parlimen biasa.

"Jika sesuatu keputusan parti itu dibuat, maka keputusan itu harus diikuti terutama ahli-ahli Parlimen. Keputusan parti dalam apa bentuk sekalipun mesti dihormati dan diakui," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini pada Ahad.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!