Pemuda Pas diarah bantu mangsa banjir

Pemilik kedai makanan, Semek Mamat, 73, meninjau hakisan yang berlaku yang menyebabkan struktur kedainya runtuh ketika tinjauan di Kampung Pengkalan Maras, pada Ahad. - Foto Bernama
Pemilik kedai makanan, Semek Mamat, 73, meninjau hakisan yang berlaku yang menyebabkan struktur kedainya runtuh ketika tinjauan di Kampung Pengkalan Maras, pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas mengarahkan ahlinya dan semua anggota Jabatan Amal bersedia untuk bergerak membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing terutama di pantai timur dan selatan.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya sentiasa memantau dan mengambil cakna situasi keadaan cuaca buruk yang dilaporkan di negeri-negeri terbabit dan beberapa tempat yang semakin kritikal.

Pada masa sama, beliau menasihatkan penduduk supaya berjaga-jaga dengan mengutamakan aspek keselamatan.

“Pastikan anggota keluarga terutama anak-anak kecil berwaspada dalam apa jua keadaan ketika cuaca seperti ini yang sedang melanda di tempat anda.

“Teruskan berdoa agar cuaca dan situasi buruk di negara kita dipelihara dengan baik oleh Yang Maha Esa. Hulurkan apa jua bantuan yang meringankan kesusahan bagi yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Artikel Berkaitan: