Tiga sekeluarga nyaris maut kebakaran

Muhammad Luqman menunjukkan keadaan dapur gas neneknya yang terbakar di Taman Bemban Damai, pagi tadi.
Muhammad Luqman menunjukkan keadaan dapur gas neneknya yang terbakar di Taman Bemban Damai, pagi tadi.
A
A
A

JASIN - Tiga sekeluarga terselamat dalam kejadian kebakaran dapur gas di sebuah rumah di Taman Bemban Damai, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11.30 pagi, mangsa Maimunah Ibrahim, 77, mahu menjerang air sementara seorang anaknya yang orang kurang upaya (OKU) berusia 40-an berada di ruang tamu, manakala seorang cucu lelakinya, Muhammad Luqman Mohd Taufeq,19, di dalam bilik tidur sebelum api tiba-tiba muncul di bahagian dapur gas.

Cucunya, Muhammad Luqman, berkata dia hanya menyedari kejadian itu setelah dikejutkan dengan jeritan nenek sebelum bergegas ke dapur dan melihat api dari arah dapur gas terbabit dan berlaku beberapa letupan kecil.

"Saya bergegas mengambil kain basah dan meletakkannya di atas dapur gas berkenaan untuk memadamkan api, tapi malangnya tidak berjaya malah api semakin marak.

"Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, saya terus menghubungi panggilan kecemasan dan bomba datang membantu memadamkan api," katanya.

Tambahnya, walaupun kejadian itu telah menyebabkan sedikit kerugian akibat kerosakan beberapa perkakas dapur, namun bersyukur ia tidak meragut nyawa mereka sekeluarga.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Pnyelamat Malaysia (JBPM) Jasin Bistari, Es Lizan Nurhan Amir berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.54 pagi dan terus tiba ke lokasi berkenaan kira-kira 10 minit kemudian dengan kekuatan lima anggota.

"Kami mengambil masa beberapa minit untuk mengawal api sebelum kebakaran dapat dipadamkan.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga menyarankan agar penduduk mempunyai alat pemadam api sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku insiden kabakaran yang tidak diingini," katanya.