6,248 dipindahkan, mangsa banjir di Johor terus meningkat

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Kangar Tebrau, Johor Bahru pada malam Sabtu.
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Kangar Tebrau, Johor Bahru pada malam Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bilangan mangsa banjir di Johor terus bertambah melibatkan 6,248 orang daripada 1,628 keluarga setakat jam 12 tengah hari pada Ahad.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 5,818 mangsa banjir pada jam 8 pagi.

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Kangar Tebrau, Johor Bahru pada malam Sabtu.
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Kangar Tebrau, Johor Bahru pada malam Sabtu.

"Sebanyak 56 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di tujuh daerah terlibat banjir iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang, Kulai, Batu Pahat, Mersing dan Pontian," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Ahad.

Katanya, Johor Bahru kekal daerah paling teruk terjejas melibatkan 2,452 mangsa daripada 593 keluarga dipindahkan ke 13 PPS.

Menurutnya, ini diikuti Kluang merekodkan 1,867 mangsa banjir daripada 557 keluarga, manakala Kota Tinggi melibatkan 1,125 mangsa daripada 256 keluarga.

Artikel Berkaitan: