Suami hanyut bersama kereta ketika redah banjir

Seorang lelaki dilaporkan hanyut bersama-sama kereta yang dipandunya semasa melalui Jalan Kluang-Kahang berhampiran Batu 18, Kluang, malam Sabtu.
Seorang lelaki dilaporkan hanyut bersama-sama kereta yang dipandunya semasa melalui Jalan Kluang-Kahang berhampiran Batu 18, Kluang, malam Sabtu.
A
A
A

KLUANG – Seorang lelaki yang sedang meredah banjir dipercayai hanyut bersama kereta dipandunya ketika melalui Jalan Kluang-Kahang berhampiran Batu 18 di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 8 malam, mangsa bersama isterinya dikatakan cuba melalui jalan tersebut yang dinaiki air banjir.

Bagaimanapun isterinya sempat turun dari kenderaan untuk menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan, sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba di lokasi Pasukan Keluar Operasi (PKO) melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tersebut namun tidak berhasil atas faktor keselamatan dan keadaan air terlalu dalam serta cuaca gelap.

"Pagi ini operasi SAR diteruskan dengan menggunakan sebuah bot untuk menyusuri tali air yang dilaporkan lokasi lelaki berkenaan dihanyutkan," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Menurut beliau, operasi masih diteruskan dengan kekuatan 15 anggota BBP Kluang bersama sebuah jentera dan bot.

Setakat ini katanya, lelaki berkenaan masih belum ditemukan.

Artikel Berkaitan: