Boleh tangguh atau duduki peperiksaan di sekolah berdekatan

Tosrin
Tosrin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Calon peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) di kawasan terjejas banjir dibenarkan mengambil peperiksaan di sekolah agama (SA) berdekatan atau menangguhkan ke tarikh lain.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, peperiksaan SDKA di negeri itu bermula pada Ahad ( 3 Januari) sehingga 7 Januari.

Katanya, calon peperiksaan juga dibenarkan memakai apa- apa pakaian yang sesuai, sekiranya kawasan mereka terlibat banjir.

"Terdapat beberapa sekolah agama terlibat banjir dan ada di antaranya dijadikan pusat penempatan sementara ( PPS).

"Bagi daerah Kluang, sekolah yang ditenggelami air akibat banjir ialah SA Kampung Contoh manakala tiga sekolah SA Kahang Batu 28, SA Ladang Tereh dan SA Ladang Mutiara didapati terputus jalan ke sekolah berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Menurut Tosrin lagi, terdapat SA yang dijadikan PPS iaitu SA Sri Kampung Tengah 1, Kluang, Sekolah Rendah Agama Bersepadu ( SRAB), Kota Tinggi dan SA Kampung Maju Jaya, Johor Bahru.

Artikel Berkaitan: