Lemas: Mayat Nurul Ain ditemui

Mayat Nurul Ain ditemui selepas dilaporkan lemas petang semalam.
Mayat Nurul Ain ditemui selepas dilaporkan lemas petang semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI - Mayat kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun yang dilaporkan lemas di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, di sini ditemui oleh orang awam petang tadi.

Mayat Nurul Ain Sajali dijumpai kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 4.55 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi.

"Operasi mencari dan menyelamat kemudiannya ditamatkan kira-kira jam 5.30 petang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah mengesahkan penemuan mayat tersebut.

Terdahulu, murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Masai, Pasir Gudang itu dilaporkan lemas petang semalam ketika bermain air bersama abang sulungnya, Fazli, 14 dan sepupu mereka, Puteri Amelia Zulaika Abdullah, 9 di pantai itu.

Abang mangsa turut dilaporkan lemas, namun sempat menyelamatkan diri, sementara sepupu mereka diselamatkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Keluarga berkenaan yang tinggal di Sungai Masai, Pasir Gudang, di sini, datang beriadah ke lokasi tersebut bersama keluarga rapat mereka sempena musim cuti persekolahan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas