Tragedi Triso: Enam beranak dikebumi dalam satu liang lahad

Enam jenazah mangsa lemas di Pengkalan Feri Triso, dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Hulu di sini, hari ini.
Dua wanita, tiga remaja, tiga kanak-kanak serta seorang bayi lelaki berusia empat bulan disahkan meninggal dunia dalam tragedi kenderaan pacuan empat roda (4WD) terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Friso, kira-kira 120 kilometer dari sini, petang semalam. Foto Bernama
Enam jenazah mangsa lemas di Pengkalan Feri Triso, dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Hulu di sini, hari ini. Dua wanita, tiga remaja, tiga kanak-kanak serta seorang bayi lelaki berusia empat bulan disahkan meninggal dunia dalam tragedi kenderaan pacuan empat roda (4WD) terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Friso, kira-kira 120 kilometer dari sini, petang semalam. Foto Bernama
A
A
A

SRI AMAN - Jenazah Siti Aishah Abdullah, 36, yang terkorban dalam tragedi kenderaan pacuan empat roda terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso, Sebuyau pada Jumaat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu di sini pada 6.22 petang Sabtu.

Selain suaminya, Mohamad Hamzah Razali, pengebumian jenazah Allahyarham turut dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai mereka yang menyedari pasangan itu juga kehilangan lima anak termasuk bayi lelaki yang baru berusia empat bulan.

Jenazah Siti Aishah bersama lima anaknya iaitu Nor Shuhada Mohamad Hamzah, 16 (perempuan), Khairunnisa, 14 (perempuan), Mohd Aiman, 7, Muhd Mustaqim, 5, serta dan Mohd Ahmad, 4 bulan sebelum itu disembahyangkan di Masjid Bandar Sri Aman sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Turut terkorban dalam tragedi itu ialah adik Siti Aishah iaitu Lorna Ting, 33, serta dua anaknya, Alvin Phang, 12, dan Wallace Phang, 7.

Difahamkan mayat Lorna serta dua anaknya itu akan dibawa pulang ke Sibu malam Sabtu sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sri Aman.

Dalam kejadian 3.30 petang Jumaat, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh Lorna telah terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar, di Pangkalan Feri Triso, kira-kira 100 kilometer dari sini semasa menunggu untuk menaiki feri. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan lemas pacuan empat roda terjunam

Tragedi Jeti Triso: Siti Aishah berkeras hantar anak kembali ke madrasah

Artikel Berkaitan: