Kelantan sedia tiga lokasi pusat kuarantin

Foto yang tular di laman sosial melibatkan PKRC di Dewan Jubli Perak di Kota Bharu.
Foto yang tular di laman sosial melibatkan PKRC di Dewan Jubli Perak di Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan menyediakan tiga lokasi utama sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang mula beroperasi awal tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, tiga lokasi tersebut ialah Kolej Jururawat Kota Bharu; Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Dewan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

“Kolej Jururawat Kota Bharu sudah beroperasi bermula 1 Januari dan Dewan Jubli Perak pula pada 3 Januari. Untuk Dewan MAIK, ia akan mula beroperasi jika kapasiti di Dewan Jubli Perak sudah penuh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, Kolej Jururawat Kota Bharu boleh memuatkan sebanyak 196 buah katil, manakala Dewan Jubli Perak dan Dewan MAIK pula masing-masing 100 katil.

Dr Zaini bagaimanapun berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan: