Woodward yakin United mampu julang piala

United melakukan kebangkitan luar biasa untuk menamatkan tahun 2020 dengan rentak positif.
United melakukan kebangkitan luar biasa untuk menamatkan tahun 2020 dengan rentak positif.
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif Manchester United, Ed Woodward percaya The Red Devils mampu menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

Keyakinan itu disuarakan Woodward selepas melihat prestasi cemerlang yang dipamerkan pasukan gergasi Inggeris itu dalam beberapa perlawanan terakhir sekali gus menempatkan pasukan di kedudukan kelompok teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Ada banyak perkara menarik ketika pasukan menuju tahun baru dan bersaing di EPL. Kami masih mempunyai peluang untuk meraih sekurangnya satu trofi daripada empat kejuaraan yang kami sertai iaitu EPl, Piala Liga Inggeris, Liga Europa dan Piala FA.

"Statistik positif seperti ini menunjukkan kemajuan yang dibuat oleh Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer berbanding tahun lalu.

"Perkara penting lainnya adalah perkara yang sedang kami lakukan di belakang tabir iaitu membangunkan budaya kemenangan yang konsisten, dibarisi pemain muda dan kerja keras pasukan selain menggabungkan pemain tempatan dan pemain bintang," katanya.

United menutup tahun 2020 dengan kebangkitan dramatik mendaki kedudukan EPL walaupun sebelum ini dikecam kerana permulaan hambar dalam saingan liga.

Bagi Woodward, Solskjaer telah menjalankan tugasnya dengan baik mencipta persembahan positif buat pasukan walaupun The Red Devils tidak diletakkan harapan tinggi musim ini.

"Kami semakin berkembang dengan adanya pemain seperti Bruno Fernandes, Donny van de Beek, Alex Telles, serta Edinson Cavani. Ia menunjukkan ketahanan kelab dan komitmen kami untuk terus menyokong Solskjaer.

Artikel Berkaitan:

"Seperti biasa, keutamaan kami adalah memenangi trofi dan dengan pasukan yang masuk ke tahun baharu dan masih bersaing dalam empat kejohanan. Kami optimis tentang masa depan di tahun 2021," katanya.