Oliferin suplemen kesihatan zaitun berkualiti

Teoh (tengah) merancang untuk mengembangkan perniagaan dan memperkenalkan produknya di Asia.
Teoh (tengah) merancang untuk mengembangkan perniagaan dan memperkenalkan produknya di Asia.
A
A
A

SEJAK ditubuhkan pada tahun 2010, Nutriva International Sdn Bhd (Nutriva International) menyasarkan untuk menjadi pemain utama dalam industri suplemen kesihatan terutama dalam bidang makanan tambahan kesihatan berasaskan zaitun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wallace Teoh yang merupakan graduan teknologi makanan dan farmasi berkata, khasiat zaitun telah diteliti dan terbukti secara klinikal, justeru syarikatnya menghasilkan suplemen berasaskan buah itu di bawah jenama Oliferin.

Menurutnya, selepas 10 tahun, Nutriva International Sdn Bhd berjaya merangkul anugerah Produk Suplemen Kesihatan Zaitun Yang Terbanyak dari Malaysia Book of Records pada tahun 2020.

Nutriva International memastikan produknya selamat untuk penggunaan jangka panjang, dalam dos yang efektif dan dipasarkan dengan harga paling berpatutan.
Nutriva International memastikan produknya selamat untuk penggunaan jangka panjang, dalam dos yang efektif dan dipasarkan dengan harga paling berpatutan.

"Sebagai penyedia suplemen kesihatan dalam industri ini, pengiktirafan itu menjadi pembakar semangat kepada Nutriva International untuk meneruskan pengeluaran produk zaitun yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

"Kami ingin mengubah syarikat kami sebagai syarikat ubat pencegahan yang mempunyai terapi dan pakar pemakanan untuk mendidik pengguna serta memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Nutriva International merancang untuk mengembangkan perniagaan dan memperkenalkan produknya di Asia khususnya di Thailand, Singapura dan Vietnam.

Katanya, menerusi ramuan yang terbukti secara klinikal, Nutriva International memastikan produknya selamat untuk penggunaan jangka panjang, dalam dos yang efektif dan dipasarkan dengan harga paling berpatutan.

Artikel Berkaitan: