X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita disyaki bunuh kucing bunting direman

Suspek dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam bagi mendapatkan perintah reman pagi Khamis.
A
A

BUKIT MERTAJAM - Wanita yang disyaki membunuh seekor kucing bunting sehingga mati di Jalan Pintas Kaloi petang Selalu lalu direman empat hari di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Khamis.

Perintah reman itu dikeluarkan Hakim, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Wanita berusia 51 tahun itu ditahan petang Rabu dan akan disiasat mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang wanita tergamak memukul seekor kucing yang bunting sehingga mati disebabkan haiwan itu membuang najis di hadapan rumahnya di sebuah flat di Pintas Kalui 1, di sini petang Selasa.

Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, wanita berkenaan dilihat memukul dua ekor kucing yang berada berhampiran rumahnya dengan sebatang besi hingga menyebabkan seekor lagi cedera di bahagian mulut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, tingkah laku wanita itu disedari penduduk yang kebetulan sedang duduk berehat di sebuah pondok berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, kesal dengan perbuatan wanita itu lelaki berkenaan kemudiannya menghubungi JPV bagi melaporkan kejadian.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat JPV, Azhar Ahmad berkata, siasatan pihaknya mendapati dua kucing itu adalah kucing terbiar dan berkeliaran di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya ke tempat kejadian selepas menerima laporan dan merampas pakaian serta besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

"Bangkai kucing yang mati telah dihantar ke makmal veterinar untuk proses bedah siasat.

"Seekor lagi kucing yang cedera kini masih menerima rawatan berikutan mukanya bengkak dan mengalami kesukaran untuk makan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul kucing bunting hingga mati kerana berak depan rumah


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!