PKPB berjaya kekang penularan Covid-19: Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengekang penularan Covid-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, tanpa pelaksanaan PKPB, dijangkakan kira-kira empat juta rakyat Malaysia dijangkiti virus berkenaan.
“Hari ini kita lihat lebih kurang 106,000 kes sahaja dilaporkan,” katanya pada sidang media perkembangan harian Covid-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan pengalaman negara, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih berjaya dari segi kesihatan, namun memberikan impak yang sangat tinggi terhadap ekonomi.
“Ketika gelombang ketiga ini, Kementerian Kesihatan hendak melaksanakan PKP, namun disebabkan impak ekonomi yang tinggi, kita laksanakan PKPB,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengulangi ingatannya kepada rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan jangkitan Covid-19 terkawal dan seterusnya memutuskan sepenuhnya rantaian penularan.
Katanya, beliau yakin jika rakyat kekal patuh SOP, jumlah kes positif harian di negara ini dapat diturunkan dalam tempoh tiga minggu akan datang. - Bernama
[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr @DGHisham berhubung perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia https://t.co/uJnk14gAXJ
— SinarOnline (@SinarOnline) December 28, 2020
KKM pantau peningkatan kes Covid-19 di Singapura
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
Perak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu
Empat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor
Lagi insiden ceroboh balai, serang anggota polis
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Titah Adendum: Sekutu lama Anwar
Anggota tentera meninggal dunia selepas sertai acara larian