Sembilan jam padam kebakaran pasar raya

Keadaan kebakaran di sebuah pasar raya di Kampung Talang Jalan Taiping, Kuala Kangsar pada Sabtu.
Keadaan kebakaran di sebuah pasar raya di Kampung Talang Jalan Taiping, Kuala Kangsar pada Sabtu.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Anggota bomba mengambil masa hampir sembilan jam bagi menjalankan operasi pemadaman dalam satu kejadian kebakaran di sebuah pasar raya di Kampung Talang Jalan Taiping di sini pada Sabtu.

Laporan kebakaran itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar pada jam 4.49 petang sebelum operasi tamat sepenuhnya jam 2.15 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, kebakaran telah merebak lebih awal sebelum ketibaan pasukan bomba.

"Timbunan bahan mudah bakar yang banyak seperti tisu, lampin pakai buang dan plastik di lokasi kejadian sedikit sebanyak menimbulkan kesukaran kepada anggota ketika pemadaman dibuat.

"Ini ditambah keadaan bangunan yang tertutup dan tiada bukaan dinding seperti cermin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, kebakaran telah mengakibatkan kemusnahan lebih 60 peratus di tingkat dua bangunan pasar raya terbabit.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku apabila semua pekerja dan pelanggan berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian.

"Selain balai Kuala Kangsar, operasi turut mendapat bantuan anggota bomba dari balai Sungai Siput dan Taiping serta jentera Aerial Ladder Platform (ALP) dari Ipoh," katanya.

Artikel Berkaitan: