Salah laku proses import daging perlu diteliti

Muka hadapan Sinar Harian 2 Disember 2020 mengenai serbuan pihak berkuasa ke atas gudang kartel daging sejuk beku di Senai, Johor (Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri)
Muka hadapan Sinar Harian 2 Disember 2020 mengenai serbuan pihak berkuasa ke atas gudang kartel daging sejuk beku di Senai, Johor (Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebarang salah laku dalam proses mengeksport daging halal untuk pasaran tempatan perlu diteliti dan diperbetulkan semula.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kementeriannya bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan sentiasa membuat pemantauan dari masa ke masa selain membuat semakan bagaimana syarikat terbabit mendapat kelulusan.

Katanya, dua perkara utama yang perlu diambil kira iaitu undang-undang dan pengesahan Jakim.

"Apabila menyalahi undang-undang, maka salahlah dan perlu diperbetulkan.

"Isu kedua pula, ada perkara yang tidak perlu kepada halal Jakim sebagai contoh apabila membabitkan sembelihan korban kita tidak perlu dapatkan pengesahan Jakim, katanya ketika sidang akhbar selepas program penyampaian sumbangan barangan makanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini, pada Sabtu.

Bagaimanapun katanya, sijil halal Jakim perlu jika membabitkan jumlah sumber daging yang banyak seperti di hotel bagi mengelakkan kekeliruan,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana kerajaan dapat memberi jaminan mengenai daging import yang halal, Zulkifli berkata, orang ramai boleh merujuk senarai kilang halal yang dikeluarkan oleh Jakim.

Beliau berkata, soal proses pengimportan daging yang turut membabitkan agensi lain juga telah dijelaskan melalui Facebook dan laman sesawang miliknya.

Artikel Berkaitan:

"Bukan semua produk import itu tidak halal malah ada yang sudah dikenal pasti mematuhi pensijilan halal ditetapkan. Orang ramai boleh merujuk senarai rumah abatoir dan loji pemprosesan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia menerusi laman www.dvs.gov.my,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian membongkar taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Kegiatan itu terbongkar dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor pada 1 Disember lalu yang diketuai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor bersama agensi penguatkuasa lain.

ARTIKEL BERKAITAN Kartel tukar daging haram jadi halal

Kartel daging haram: MCW serah memorandum

Daging import haram dijual secara online

PPIM bongkar aktiviti seludup daging lembu tak halal

PPIM bongkar aktiviti seludup daging lembu tak halal LAPORAN KHAS 23 NOVEMBER 2020 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempunyai maklumat pengimportan daging sejuk beku dari negara yang diragui status halalnya.Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya mempunyai maklumat dari segi penghantaran, kilang terlibat dan sebagai contoh daging dibawa masuk dari Bolivia yang diragui pensijilan halal dan bukan itu sahaja mereka perlu memiliki borang dan pengesahan tertentu untuk membawa masuk muatan kontena. Ikuti Lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin. #SinarHarian #BeritaSemasa

Posted by Sinar Harian on Monday, November 23, 2020