X

Kindly register in order to view this article
!

Kartel daging haram: MCW serah memorandum

Muka hadapan Sinar Harian 2 Disember 2020 mengenai serbuan pihak berkuasa ke atas gudang kartel daging sejuk beku di Senai, Johor
A
A

SHAH ALAM - Satu memorandum cadangan memperbaiki integriti semua pemain industri bagi mengatasi masalah kartel daging haram akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam masa terdekat.

Memorandum yang turut menyentuh isu kualiti dan halal, kecekapan dan keadilan sistem itu akan diserahkan oleh Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dan beberapa organisasi lain.

MCW dalam satu kenyataan turut mendakwa isu kartel daging haram melibatkan rasuah dan salah guna kuasa agensi penguat kuasa tempatan dan peniaga yang tamak.

"Agensi yang terlibat dalam pemantauan daging import di Malaysia ialah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan (KMM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDM) dan Polis Pelabuhan.

"Enam agensi ini terlibat dalam pengimportan daging sehingga menyebabkan pertindihan fungsi atau skop. Pertindihan birokrasi ini pastinya menyukarkan pelaksanaan kawalan," menurut kenyataan MCW pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN Kartel tukar daging haram jadi halal

Kartel daging haram: MCW serah memorandum

Daging import haram dijual secara online

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, purata import bulanan daging antara 300 hingga 400 kontena membabitkan 25 tan daging beku setiap kontena.

"Strategi kartel ialah mengelakkan cukai dan membayar kos sijil halal. Mereka mengaut keuntungan besar daripada harga import murah dan dijual mahal di pasaran tempatan.

Kenyataan itu turut menyebut rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam memberikan perhatian terhadap makanan halal, haram atau syubhah (meragukan).

Katanya, pengambilan makanan memberi kesan besar terhadap pembangunan kerohanian dan menjejaskan pembentukan akhlak.

"Disebabkan makanan inilah menyebabkan ramai rakyat negara ini 'rosak' hati dan fikiran mereka.

PPIM bongkar aktiviti seludup daging lembu tak halal

PPIM bongkar aktiviti seludup daging lembu tak halal LAPORAN KHAS 23 NOVEMBER 2020 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempunyai maklumat pengimportan daging sejuk beku dari negara yang diragui status halalnya.Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya mempunyai maklumat dari segi penghantaran, kilang terlibat dan sebagai contoh daging dibawa masuk dari Bolivia yang diragui pensijilan halal dan bukan itu sahaja mereka perlu memiliki borang dan pengesahan tertentu untuk membawa masuk muatan kontena. Ikuti Lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin. #SinarHarian #BeritaSemasa

Posted by Sinar Harian on Monday, November 23, 2020


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!