Lelaki maut terbabas rempuh pokok

Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok berhampiran SMK Kulai Besar, Kulai pada Jumaat.
Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok berhampiran SMK Kulai Besar, Kulai pada Jumaat.
A
A
A

KULAI - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulai Besar, di sini pada Jumaat.

Kemalangan pada jam 10.55 malam itu menyebabkan L Ganesan, 41, tersepit di tempat duduk pemandu.

Seramai enam anggota dari BBP Bandar Baru Kulai dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok berhampiran SMK Kulai Besar, Kulai pada Jumaat.
Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok berhampiran SMK Kulai Besar, Kulai pada Jumaat.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Razali Kassmen berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa dari kenderaan jenis Proton Iswara dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

"Operasi menyelamatkan mangsa tamat pada jam 11.40 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: