X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Dua lelaki dikhuatiri lemas di Marang

Foto 123RF
A
A

MARANG - Dua lelaki dikhuatiri lemas setelah dipercayai hilang ketika mandi laut, petang tadi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang Yahya Hanafi.

Beliau berkata dalam kejadian berasingan itu, pihaknya masih gagal menemui mangsa sehingga malam ini ekoran keadaan ombak bergelora.

Katanya, kejadian pertama berlaku di Pantai Jambu Bongkok dan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.37 petang manakala kejadian kedua di Pantai D'Marang Village, Kelulut, hanya beberapa minit selepas itu.

"Bagi kes di Pantai Jambu Bongkok mangsa ialah Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, yang beralamat di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, manakala bagi kes di Pantai D' Marang Village, Kelulut mangsa dikenali sebagai Naim Hariri Kamaruddin, 31, beralamat di Kuala Lumpur.

"Kedua-dua mangsa disyaki lemas selepas mandi di pantai tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Yahya berkata meskipun bomba menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di laut, pihaknya masih giat melakukan rondaan di sepanjang pesisir pantai. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!