Jurutera warga Malaysia di Sydney semakin pulih

Khaidir sedang menjalani rawatan di Hospital St Vincent, Sydney Australia. Foto:The Sydney Harold
Khaidir sedang menjalani rawatan di Hospital St Vincent, Sydney Australia. Foto:The Sydney Harold
A
A
A

PUTRAJAYA - Warganegara Malaysia, Khaidir Abu Jalil, 34, yang sedang menerima rawatan di Hospital St. Vincent's Public, Darlinghurst Sydney, Australia semakin pulih dan akan dibenarkan keluar dalam masa terdekat.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Pegawai Konsulat Malaysia di Sydney telah menziarahi Khaidir dan beliau memaklumkan laporan media mengenai dirinya tidak tepat memandangkan beliau sentiasa berhubung dengan ahli keluarga di Malaysia.

“Beliau juga mengakui tidak memaklumkan keadaan beliau kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra atau Konsulat Malaysia di Sydney. Walau bagaimanapun, beliau berterima kasih atas sokongan serta bantuan yang telah diberikan oleh semua pihak.

“Khaidir telah memohon supaya diberikan ruang untuk menjalani proses pemulihan dengan tenang dan tanpa gangguan daripada pihak media buat masa ini,” menurut kenyataan Kementerian Luar pada Jumaat.

Terdahulu, Sinar Harian pada Rabu melaporkan kisah dugaan hidup Khaidir yang terlantar di Hospital St Vincent’s, Sydney di Australia akibat penyakit dermatomiositis.

Media juga melaporkan bekas jurutera pembinaan dari Malaysia itu terlantar kesunyian tanpa sebarang pelawat di Hospital St Vincent, Sydney di Australia akibat penyakit itu sejak enam bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki Malaysia terlantar kesunyian di Australia

Artikel Berkaitan: