132 rumah penduduk terima air bersih

Mohamad bersama kakitangan Syarikat Hijrah Water meninjau mesin penapis air yang tidak lagi berfungsi sejak tiga tahun lalu kerana tidak diselenggara.
Mohamad bersama kakitangan Syarikat Hijrah Water meninjau mesin penapis air yang tidak lagi berfungsi sejak tiga tahun lalu kerana tidak diselenggara.
A
A
A

TANGKAK - Penduduk Orang Asli Kampung Air Tawas, di sini, bakal mendapat bekalan air bersih apabila Syarikat Hijrah Water Sdn Bhd sudi menaja sistem penapis air.

Pengerusinya, Mohamad M Said berkata, sistem penapis air terawat dimiliki masyarakat Orang Asli sejak hampir empat tahun lalu telah rosak.

“Sejak ia rosak selepas enam bulan digunakan, paip penapis air ini tidak lagi diselenggara menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan air yang tidak terawat.

“Justeru, atas kapasiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) dari Syarikat Hijrah Water, kami bersetuju untuk menggantikan peralatan penapis air,” katanya.

Mohamad berkata, peralatan itu juga akan diselenggara secara berkala mengikut tarikh ditetapkan sebagai menjamin kebersihan sumber bekalan air.

Katanya, bantuan berkenaan akan memberi faedah kepada semua masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada 132 rumah.

Terdahulu, Kumpulan Syarikat Hijrah Water Sdn Bhd telah mengadakan lawatan di kawasan itu melalui program Jalinan Kasih.

Seramai 10 asnaf dari kampung itu terpilih menerima barangan keperluan harian.

Artikel Berkaitan:

“Program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dan rasa syukur setiap kakitangan syarikat serta pada masa yang sama tidak meminggirkan golongan kurang berkemampuan.

“Lawatan seumpama ini pastinya menyentuh hati sesiapa sahaja mendalami kesakitan dan kesukaran hidup dialami mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.