Jumlah penerbangan keluar masuk Kelantan meningkat

Md Anizam (tengah) menyampaikan replika cek kepada Mohd Rosli Nik Mat atau Rosli K Matari yang dianugerahkan sebagai Sasterawan Negeri Kelantan pada majlis di Dewan Bungan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu pada Khamis.
Md Anizam (tengah) menyampaikan replika cek kepada Mohd Rosli Nik Mat atau Rosli K Matari yang dianugerahkan sebagai Sasterawan Negeri Kelantan pada majlis di Dewan Bungan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan 800 penerbangan keluar masuk ke negeri ini sejak awal bulan ini iaitu peningkatan sebanyak empat kali ganda berbanding bulan lalu.

Exco Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, ia merupakan satu pencapaian yang baik berbanding 195 penerbangan pada November.

Beliau berkata, ia menunjukkan ekonomi termasuk sektor pelancongan negeri kembali bernafas selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan ditamatkan pada awal bulan ini.

“Sekarang kita ada penerbangan terus dari Langkawi, Pulau Pinang dan Johor.

Kita berharap pelancongan Kelantan akan semakin baik dengan penerbangan terus ini. Sambutan diterima juga amat baik," katanya.

Menurutnya, penerbangan terus itu sudah bermula dengan kapasiti setiap pesawat melebihi 80 peratus menerusi syarikat penerbangan Air Asia.

"Selain itu, kita juga ada penerbangan terus dari Kota Kinabalu dan Kuching.

"Kita berharap pelancong domestik akan menyerikan lagi industri pelancongan Kelantan selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Anugerah Sastera Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Md Anizam berkata, semua pemain industri juga diminta membuat persediaan sebaik mungkin dalam menerima pelancong dari luar negeri terutama pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal Covid-19.

“Kita kena patuh dan ikut arahan kerajaan. Jangan sesekali lalai dan teruskan pematuhan tersebut terutama di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong,” katanya.