Kes cemar air: Pengusaha kolam ikan keli ditahan

Seorang pengusaha kolam ikan keli antara lima lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pencemaran air pada 7 Disember lalu.
Seorang pengusaha kolam ikan keli antara lima lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pencemaran air pada 7 Disember lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengusaha kolam ikan keli antara lima lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pencemaran air pada 7 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kesemua individu berusia 28 hingga 50 tahun itu ditahan di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Selasa.

"Hasil siasatan mendapati empat lelaki warga Indonesia ditahan ini merupakan pekerja kepada pengusaha kolam ikan keli yang dipercayai beroperasi tanpa lesen sejak tiga tahun lalu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah Fadzil, kesemua individu itu direman sehari bagi membantu siasatan.

"Kita memohon sambungan reman di Mahkamah Majistret Hulu Selangor bagi mendapatkan masa yang cukup untuk siasatan," kata beliau lagi.

Artikel Berkaitan: