Sultan Kedah berkenan ke majlis santapan

Sultan Sallehuddin berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Malam Sambutan Tahun Baru Cina 2019.
Sultan Sallehuddin berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Malam Sambutan Tahun Baru Cina 2019.
A
A
A
ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Malam Sambutan Tahun Baharu Cina 2019 di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, di sini, tadi.

Sultan Sallehuddin berkenan menandatangani buku pelawat.
Sultan Sallehuddin berkenan menandatangani buku pelawat.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Zaheeda Mohamad Ariff, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dalam majlis santapan itu.

Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha berkenan bergambar kenangan bersama barisan ahli Dewan Perhimpunan Cina Kedah.
Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha berkenan bergambar kenangan bersama barisan ahli Dewan Perhimpunan Cina Kedah.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, majlis santapan dimulakan dengan acara menggaul Yee Sang oleh Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha bersama kerabat Diraja lain dengan turut disertai Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Datuk Cheng Lai Hock.