4PM sedia bantu peminjam dari ditindas

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) bersedia membantu peminjam mendapat keadilan dan pembelaan apabila institusi-institusi kewangan melelong harta serta membankrapkan peminjam yang gagal membuat bayaran.

Presidennya, Rosland Mohd Ariff berkata, mereka sangat serius memastikan bank-bank dan syarikat kredit tidak sewenang-wenangnya melupuskan harta dan membankrapkan peminjam dan penjamin tanpa mengikut SOP sedia ada.

“4PM juga akan membantu peminjam yang dibebani faedah yang terlalu tinggi dan caj-caj yang tak masuk akal.

“Bagi memastikan khidmat ini dapat dioptimumkan, 4PM mempelawa orang ramai untuk bergabung sama sebagai wakil atau ejen kaunseling kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Rosland berkata, 4PM akan melancarkan Biro Pengaduan Awam 4PM pada 20 Februari ini di No 3.8, Tingkat 3, Spectrum Mall, Bandar Baru Ampang.

Sejak lima tahun lepas, 4PM, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) diketuai Rosland berjaya membebaskan sebilangan peminjam daripada belenggu muflis.

Pertubuhan ini pernah menyelamatkan mangsa apabila proses lelolangan dibatalkan beberapa jam saja sebelum jualan lelong dibuka.

Artikel Berkaitan: