X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Suami isteri maut, tiga lagi cedera dalam kemalangan

Foto 123RF
A
A

ALOR SETAR - Sepasang suami isteri maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Kulim-Serdang berhampiran Kampung Badlishah dekat Kulim petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, mangsa yang maut ialah pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Ng Mok Chong, 67, dan isterinya, Lim Seok Mooi, 62, manakala cucu lelaki mereka berumur empat tahun yang berada dalam kenderaan sama mengalami cedera ringan.

"Sebuah lagi kenderaan yang terlibat ialah kereta jenis Proton Saga yang mana pemandunya, Mohd Faizol Khasim, 38, dan isterinya, Solehah Abdul Manaf, 29, mengalami cedera ringan.

"Kejadian berlaku pada kira-kira 4.24 petang yang mana kereta Perodua Myvi itu yang dari arah Kulim menghala ke Serdang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Saga yang datang dari arah Serdang menuju ke Kulim," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Seok Mooi maut di tempat kejadian manakala suaminya meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kulim.

Katanya, mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!