412 mangsa banjir masih di 15 PPS

Jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah pemindahan paling tinggi iaitu seramai 1,002 mangsa dari 371 keluarga yang ditempatkan di 12 buah pusat pemindahan sementara (PPS). - Foto fail Bernama
Jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah pemindahan paling tinggi iaitu seramai 1,002 mangsa dari 371 keluarga yang ditempatkan di 12 buah pusat pemindahan sementara (PPS). - Foto fail Bernama
A
A
A

KOTA BHARU – Walaupun tiada hujan dicatatkan di beberapa daerah utama di Kelantan namun seramai 1,148 mangsa masih di tempatkan di 15 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga jajahan utama di negeri itu.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sehingga jam 6 petang tadi, seramai 412 keluarga dipindahkan di Pasir Mas, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah pemindahan paling tinggi iaitu seramai 1,002 mangsa dari 371 keluarga yang ditempatkan di 12 buah PPS di sini.

Jajahan Tanah Merah pula melibatkan 79 mangsa dari 23 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di jajahan itu iaitu di Sekolah Menengah Ugama (Agama) Kajang dan Dewan Pemindahan Banjir Tebing Tinggi.

Di Kuala Krai pula hanya satu PPS masih dibuka di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil melibatkan 67 mangsa dari 18 keluarga.

Sementara itu, untuk catatan paras air harian, sehingga jam 6 petang tadi, hanya Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 10.32 meter melebihi paras bahaya 9.00.

Lima sungai lain pula mencatatkan bacaan melebihi paras jaga-jaga iaitu Sungai Lebir di Tualang iaitu 30.65 meter (jaga-jaga 27.00), Sungai Kelantan di Kuala Krai 23.02 meter melebihi jaga-jaga 20.00 dan Sungai Kelantan di Kusial ialah 14.77 meter melebihi paras jaga-jaga 12.00.

Dua sungai lain ialah Sungai Kelantan di Jeti Kastam mencatatkan bacaan 3.72 meter iaitu melebihi paras jaga-jaga 3.00 dan Sungai Golok di Kuala Jambu pula 2.48 melebihi paras jaga-jaga 2.00 meter.

Artikel Berkaitan:

Enam sungai lain masih normal iaitu Sungai Lebir di Kuala Koh iaitu 62.72 meter, Sungai Galas di Limau Kasturi 55.38 meter, Sungai Golok di Jenob 21.12 meter, Sungai Kelantan di Air Mulih 5.21 meter, Empangan Bukit Kwong 16.65 meter dan Sungai Semerak di Pasir Puteh pula 0.75 meter.