X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

SPRM Johor sudah buka kertas siasatan

AZMI ALIAS
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sudah membuka kertas siasatan berhubung kartel pemalsuan logo halal melibatkan daging import untuk dijual di pasaran Malaysia yang didedahkan awal bulan ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan SPRM Johor, pihaknya memandang serius perkara itu kerana melibatkan kepentingan rakyat khususnya umat Islam di negara ini.

"Siasatan dijalankan di bawah seksyen 16 dan seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Kerjasama beberapa agensi seperti Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) dan Kastam telah diperoleh.

"Fokus siasatan ialah terhadap isu pemalsuan borang Kastam K1 iaitu pengisytiharan barangan import serta amalan rasuah di kalangan agensi-agensi terlibat," kata kenyataan itu pada Isnin.

Pada 2 Disember lalu, Sinar Harian dalam laporan khasnya mendedahkan Maqis serta Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyerbu sebuah stor di Senai dekat sini yang didapati meletakkan label halal pada daging yang diimport.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan berhubung siasatan itu dan meminta semua pihak tampil memberikan maklumat bagi membantu pihaknya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!