X

Kindly register in order to view this article
!

Bantu golongan muda jadikan pertanian sebagai kerjaya

Looh Chee Wee, Wan Khairol Wan Mokhtar
A
A

LIPIS - Bantuan kerajaan melalui Program Agroprenuer Muda di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dapat membantu golongan muda menjadikan sektor pertanian sebagai kerjaya.

Ia diakui seorang daripada 77 penerima bantuan Geran Agroprenuer Muda, Wan Khairol Wan Mokhtar, 29, dari Benta di sini.

Wan Khairol merupakan penerima bantuan geran di bawah program sempena Jelajah Agroprenuer Muda Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Sungai Koyan di sini semalam.

Wan Khairol berkata, melalui bantuan itu, dia merancang mengembangkan lagi tanaman cili secara fertigasi yang diusahakan sejak dua tahun lalu.

“Tanaman cili yang saya usahakan seluas kira-kira 0.8 hektar mampu memperoleh pendapatan bersih RM30,000 selepas dituai,” katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha kebun buah-buahan, Looh Chee Wee, 39, mengakui pernah menerima bantuan geran itu melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan berjaya mengembangkan tanaman nanas jenis MD2 di atas tanah seluas empat hektar di Benta hampir dua tahun lalu.

“Buat masa ini, hasil nanas hanya untuk pasaran tempatan dan Lembah Klang namun sasaran masa depan mampu menembusi pasaran luar negara,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!