Buat laporan polis jika atlet diancam, diugut

Khairudin Abu Hanipah
Khairudin Abu Hanipah
A
A
A

KERAJAAN Perak meminta atlet negeri ini yang menerima ancaman atau ugutan daripada mana-mana pihak supaya melaporkan kejadian berkenaan kepada polis.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata tindakan itu disifatkan sebagai satu langkah keselamatan dalam mencegah kejadian tidak diingini.

"Di pihak kerajaan negeri sendiri juga kita kena pastikan bahawa keselamatan gelanggang dan fasiliti sukan itu diberikan keutamaan yang sewajarnya.

"Pemakaian Kod Sukan Selamat yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini juga seharusnya dipraktikkan oleh setiap atlet bagi memastikan tiada perkara buruk atau kecelakaan menimpa mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sukan Negeri Perak dan Countdown 100 hari SUKMA Sarawak dan Majlis Sambutan Aidilfitri 2024 bersama warga sukan negeri Perak pada Rabu.

Pada 2 Mei lalu, pemain Terengganu FC Akhyar Rashid cedera selepas dipukul dengan besi boleh laras dalam kejadian samun di Terengganu, diikuti penyerang Selangor FC Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Selangor pada 5 Mei lepas.

Semalam, cermin kereta bekas ketua pasukan skuad bola sepak kebangsaan Safiq Rahim turut dipecahkan oleh individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Sri Gelam, Johor Bahru.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: