Kedudukan Arteta terancam

Arteta - Foto skysports.com
Arteta - Foto skysports.com
A
A
A

KEDUDUKAN pengendali Arsenal, Mikel Arteta dilihat semakin terancam setelah skuad The Gunners itu tewas 1-2 kepada Everton dalam saingan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), di Goodison Park, awal pagi Sabtu lalu.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Arsenal kini berada kedudukan ke 15 EPL dengan 14 mata, iaitu hanya empat mata daripada zon penyingkiran hasil empat kemenangan, seri dua kali dan tewas tujuh kali setakat ini daripada 14 perlawanan.

Bagaimanapun menurut Arteta, dia akan tetap memberikan fokus bagi membantu skuad kendaliannya itu untuk sekurang-kurangnya ‘keluar’ daripada zon penyingkiran berkenaan biarpun kedudukannya mula menjadi persoalan dalam kalangan penyokong The Gunners ketika ini.

“Saya faham (situasi pasukan), walau pun tahu kedudukan saya agak ‘terancam,’ tetapi fokus saya kini hanyalah untuk membawa pasukan ini ‘keluar’ dari situasi berkenaan (zon penyingkiran).

“Ini dapat dilihat menerusi semangat melawan yang dipamerkan pemain setiap kali beraksi. Anda semua boleh melihatnya dan tiada siapa boleh menafikannya.

“Namun akhirnya, keputusan perlawanan juga perlu diambil kira dan saya akui ia (keputusan) masih belum cukup bagus dan tidak boleh diterima berdasarkan kepada standard Arsenal. Inilah cabaran yang perlu kami hadapi sekarang,” katanya.

Aksi awal pagi Sabtu itu menyaksikan Everton membuka jaringan menerusi jaringan sendiri pemain Arsenal, Rob Holding pada minit ke-22.

Nicolas Pepe kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-35, namun Yerry Mina menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-45 dan sekali gus memastikan Everton meraih tiga mata di gelanggang sendiri.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Arteta mengakui, dia bakal berdepan cabaran hebat bagi merealisasikan ‘kebangkitan’ Arsenal kali ini.

Namun berdasarkan kepada semangat yang ditunjukkan oleh kesebelasan pemain, Arteta yakin skuad kendaliannya itu mampu ‘bangkit’ selepas ini.

“Keadaan sekarang semakin rumit, tetapi berdasarkan pemerhatian saya tetap bersemangat kerana pemain dilihat meneruskan ‘kerja’ mereka bersama pasukan.

“Sebenarnya kami kurang bernasib baik kerana gagal mengutip mata yang sepatutnya,namun kami perlu terus mencuba sebelum keadaan menjadi semakin sukar dan mustahil untuk dikawal kelak,” katanya.