50 petugas HTAR dijangkiti Covid-19

Kenyataan media JKNS hari ini berhubung jangkitan Covid-19 dalam kalangan pesakit dan petugas HTAR, Klang.
Kenyataan media JKNS hari ini berhubung jangkitan Covid-19 dalam kalangan pesakit dan petugas HTAR, Klang.
A
A
A

KLANG - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan terdapat jangkitan Covid-19 dalam kalangan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Pengarah JKNS Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, setakat ini seramai 50 petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya, daerah Klang yang berada di zon merah dan peningkatan kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) yang mendapat rawatan di hospital berkenaan antara faktor kebarangkalian jangkitan berkenaan.

“Pihak hospital sentiasa berwaspada dan memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) sentiasa dipatuhi.

“Siasatan oleh pasukan JKNS dan HTAR tidak dapat mengenal pasti punca jangkitan petugas kesihatan berkenaan berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke dalam hospital ataupun semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi iaitu selama 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan adalah terkawal dan semua kontak terdekat telah menjalani ujian swab serta diletakkan di bawah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).

Artikel Berkaitan: