X

Kindly register in order to view this article
!

Vaksin Pfizer berkesan 95 peratus: Khairy

Vaksin Covid-19 keluaran syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer telah mendapat Emergency Use Authorization daripada tujuh negara.
A
A

KUALA LUMPUR - Pemilihan vaksin Covid-19 keluaran syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer adalah berdasarkan laporan interim ujian klinikal yang menunjukkan keberkesanan vaksin adalah 95 peratus dalam mencegah jangkitan wabak itu, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, laporan itu telah diterbitkan di The New England Journal of Medicine pada 10 Disember lalu, malah kerajaan turut mendapat akses data untuk menilai kualiti, keselamatan dan tahap keberkesanan vaksin itu.

“Vaksin ini juga telah mendapat Emergency Use Authorization daripada tujuh negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Bahrain, Kanada, Arab Saudi, Mexico dan Singapura.

“Bagaimanapun, keputusan pembelian akhir serta penggunaan vaksin itu di Malaysia adalah tertakluk kepada pendaftaran dan kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ujian akhir vaksin Pfizer 95 peratus berkesan

Bekalan vaksin, tumpuan hari terakhir Dewan Rakyat

Selain itu beliau berkata, Jawatankuasa Khas Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang ditubuhkan sebelum ini, sedang mempertimbangkan calon vaksin lain yang berada di fasa tiga ujian klinikal bagi tujuan imuniti kelompok sehingga 70 peratus jumlah populasi negara.

Pengumuman mengenai perkara itu dan senarai keutamaan penerima vaksin akan dibuat dalam masa terdekat, katanya.

Khairy berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) berhubung kos, keberkesanan, liputan vaksin serta jaminan perubatan kesan sampingan vaksin itu, selain penjelasan dan rasional pemilihan vaksin keluaran Pfizer. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!