Gerakan antivaksin ancam usaha perangi Covid-19

Kerajaan memerlukan pendekatan berbeza berdasarkan segmen-segmen tertentu yang menjadi fokus perdebatan golongan antivaksin.
Kerajaan memerlukan pendekatan berbeza berdasarkan segmen-segmen tertentu yang menjadi fokus perdebatan golongan antivaksin.
A
A
A

SHAH ALAM - Usaha Malaysia memerangi pandemik Covid-19 akan lebih mencabar dengan wujudnya ancaman gerakan antivaksin.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFH), Amrahi Buang berkata, isu antivaksin bukan perkara baharu, bahkan ia menjadi ancaman kepada negara termasuk di peringkat global.

Amrahi
Amrahi

Menurutnya, golongan berkenaan juga mempunyai beberapa segmen berbeza menjadikan usaha untuk memastikan negara bebas daripada ancaman Covid-19 agak sukar.

“Isu antivaksin bukan benda baharu bahkan telah bermula dari Barat yang melibatkan golongan profesional.

ARTIKEL BERKAITAN: Golongan antivaksin ancaman kepada negara

Kerajaan pantau gerakan antivaksin

Artikel Berkaitan:

Golongan antivaksin tolak vaksin Covid-19

“Bahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri menyifatkan ia sebagai satu bentuk ancaman global.

“Jadi golongan itu menggunakan bahan-bahan daripada yang disebarkan dari barat (untuk menyokong hujah), antaranya kesan-kesan terhadap kesihatan.

“Kalau ikutkan, kita sudah boleh tangkis semua itu, cuma di Malaysia kita ada tambahan apabila mereka pertikaikan tentang halal haram,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Jelas beliau dalam mengatasi perkara itu, kerajaan memerlukan pendekatan yang berbeza berdasarkan segmen-segmen tertentu yang menjadi fokus perdebatan golongan antivaksin.

Katanya, usaha itu terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan dan media juga memainkan peranan penting dalam memastikan ia lebih difahami golongan tersebut.

“Saya tak rasa kerajaan akan paksa pengambilan vaksin ini. Majlis Fatwa kebangsaan juga telah menetapkan hukum harus dalam isu vaksin tersebut.

“Jadi usaha itu memerlukan pendekatan yang berperingkat kerana kita kena faham golongan ini kalau yang degil tetap degil,” katanya.