Empat kluster Covid-19 aktif di Kuantan

Penularan Covid-19 melibatkan empat kluster di daerah ini tiada kaitan dengan Kluster Genting kerana penularannya berkembang sebelum pembukaan PKRC di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa).
Penularan Covid-19 melibatkan empat kluster di daerah ini tiada kaitan dengan Kluster Genting kerana penularannya berkembang sebelum pembukaan PKRC di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa).
A
A
A

KUANTAN - Empat kluster Covid-19 kini aktif di di sekitar daerah ini melibatkan Kluster Atabara dan Kluster Inten di Indera Mahkota, Kluster Kuala (pusat bandar) dan Kluster Kristal (Sungai Karang).

Keempat-empat kluster itu bagaimanapun tiada kaitan dengan Kluster Genting kerana penularannya berkembang sebelum pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan telah mengenal pasti 763 kontak rapat melibatkan 258 rumah dan bilangannya dijangka meningkat.

Menurut jawatankuasa itu, Kluster Kuala berpunca daripada pekerja sebuah restoran yang mempunyai beberapa cawangan di daerah ini dan pengendalian restoran itu secara dapur berpusat dan makanan diedar ke cawangan.

"Berdasarkan analisa yang dibuat, kluster ini berisiko tinggi untuk penularan dalam komuniti.

"Kluster ini masih terdapat kes-kes positif yang dikesan sekali gus menunjukkan penularan Covid-19," katanya.

Sementara itu, jawatankuasa itu turut memaklumkan, sepanjang lima hari operasi PKRC Sukpa, tiada sebarang insiden cubaan melarikan diri dalam kalangan pesakit dan keadaan terkawal.

"Ketika ini terdapat 132 orang pesakit Covid-19 dari Kluster Genting dan 10 pesakit dari Kluster Kuala ditempatkan di pusat berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai tidak perlu bimbang berkenaan keselamatan mereka berikutan tiada sebarang penularan dalam komuniti yang berpunca daripada kluster itu setakat ini," katanya.

Bagaimanapun semua pihak diminta menjaga diri dan keluarga bagi mengelak jangkitan melibatkan kluster itu terus berkembang.

"Sekiranya keadaan bertahan atau tiada perebakan luar biasa, kerajaan tidak berhasrat untuk mengetatkan lagi kawalan di daerah Kuantan.

"Justeru orang ramai dinasihatkan mengehadkan pergerakan luar kepada urusan-urusan yang perlu sahaja dan elakkan menghadiri majlis keramaian," katanya.

Menurut kenyataan itu juga, jabatan kerajaan turut dinasihatkan mengurangkan aktiviti melibatkan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kluster Genting tercetus selepas kes indeks rentas negeri