X

Kindly register in order to view this article
!

Undian Belanjawan 2021 pertembungan Muhyiddin, Anwar

MUHYIDDIN, ANWAR
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A Kadir Jasin menyifatkan undian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini sebagai pertembungan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut satu hantaran di Facebook, Kadir berkata, Muhyiddin dan Anwar menjadi 'pemain utama' dalam merebut undian majoriti di Parlimen.

"Secara demokratik, Muhyiddin tidak pernah membuktikan beliau ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat sejak merampas kuasa pada Februari.

"Anwar berulang kali mendakwa beliau memiliki sokongan yang 'kuat, utuh dan meyakinkan' di Dewan Rakyat.

"Anwar mempunyai pengalaman dalam berhadapan pendakwaan, kehakiman dan penjara. Beliau bukan sahaja memahami kesukaran anda tetapi dapat membantu dengan beberapa cara. Beliau bukan sahaja ada kuasa dalam melantik peguam negara yang kurang tegas tetapi berpengalaman dalam mendapatkan pengampunan diraja," katanya.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan kemungkinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang hari ini, manakala Pakatan Harapan (PH) pula menggesa semua ahli Parlimen supaya menolak Belanjawan 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dikhabarkan akan menghadap Agong, kemuka bukti 113 sokongan

[EKSKLUSIF] Akuan Bersumpah 113: 'Siapa sumber itu, apa niatnya?'


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!