X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada keperluan bangkit kebimbangan terhadap hak Sabah, Sarawak

Maximus
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan membangkitkan kebimbangan terhadap perkara mengenai hak kebebasan beragama, penguasaan tanah dan penghormatan adat istiadat anak rakyat Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, ini kerana hak itu akan terus dilindungi dalam status terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri Sabah dan Sarawak serta dasar berkaitan, sedia ada.

"Jika terdapat penyalahgunaan kuasa yang menjejaskan kebebasan atau mengakibatkan tindakan zalim oleh mana-mana pihak ke atas hak-hak asas ini, perkara-perkara itu boleh dibawa ke meja perundangan dan pengadilan atau dibangkitkan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri untuk tindakan seterusnya," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) mengenai jangka masa dan rancangan kerajaan untuk membentangkan janji-janji yang termaktub dalam Batu Sumpah Keningau.

Mengulas lanjut, Ongkili berkata, tiga janji yang tertera pada batu sumpah itu pada umumnya telah termaktub sebagai antara hak-hak yang dijamin bagi Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Tiga janji itu ialah agama bebas dalam Sabah, tanah-tanah dalam Sabah dikuasai oleh kerajaan Sabah serta adat istiadat anak rakyat Sabah dihormati dan dipelihara oleh kerajaan.

Batu Sumpah Keningau merupakan monumen yang didirikan pemimpin tempatan pada 1964 mengikut kepercayaan sistem adat anak negeri Sabah di daerah Keningau setelah Sabah bersetuju menjadi rakan sekutu dalam pembentukan Malaysia. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!