[VIDEO] 'Tak perlu sakit hati dengan Pas'

Kenyataan yang dimuat naik Iskandar di Facebook miliknya.
Kenyataan yang dimuat naik Iskandar di Facebook miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pas membidas tindakan pihak tertentu yang seringkali menyerang parti itu sedangkan ia tidak sesekali meninggalkan kesan.

Bendahari Pas Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, buktinya, Pas menerima seramai 15,740 ahli baharu antara Julai dan Disember tahun ini meskipun pergerakan terhad akibat penularan wabak Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pihak terbabit supaya tidak sakit hati dengan Pas apatah lagi parti itu terus mara ke hadapan dengan pertambahan bilangan keahlian baharu yang semakin meningkat dari masa ke masa.

"Saya simpati dengan mereka yang sakit hati dengan Pas dan asyik menyerang Pas.

"Walau apa yang dilakukan, Pas tetap ada ahli dan penyokong," katanya menerusi hantaran dimuat naik di Facebooknya.

Beliau berkata, ketika sentimen rakyat menyokong Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), lebih dua juta pengundi atau 18 peratus daripada jumlah pengundi di negara ini masih memilih Pas.

"Nasihat saya, tak perlulah sakit hati (kepada Pas) sebab dibimbangi akan timbul penyakit lain yang mungkin susah diubati. Relax (berehat). Stay cool (bertenang)," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: