Pas cadang menteri, wakil rakyat PH diberi kursus

Azman
Azman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas mencadangkan menteri-menteri, Ahli Parlimen dan wakil rakyat PH diberikan kursus asas pengurusan dan pentadbiran.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Dr Azman Ibrahim berkata, ini kerana masih ramai yang tidak faham

faham bidang tugas dan struktur asas pentadbiran.

"Ada wakil rakyat yang desak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ambil tindakan terhadap Pas dalam isu RM90 juta. Apa dia ingat tanpa laporan SPRM boleh bertindak?

"Buatlah laporan. Atau mereka rasa SPRM adalah satu sayap parti PH yang boleh didesak begitu sahaja?," tulis Azman menerusi laman sosial Facebooknya, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dana 90 juta: SPRM boleh siasat tanpa aduan rasmi

Azman turut memberi contoh lain membabitkan kes Menteri Pengangkutan campur tangan hal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sehingga perlu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara bahawa PDRM di bawah Kementerian Dalam Negeri dan bukannya Kementerian Pengangkutan," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Azman juga berkongsi kisah berjumpa dengan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang merupakan seorang wakil rakyat PH.

"Dia minta kerajaan negeri bagi peruntukan kepada LKIM. Mungkin dia terlupa bahawa LKIM adalah agensi Kerajaan Pusat.

"Sepatutnya dia yang kena dapatkan peruntukan dari Kerajaan Pusat untuk disalurkan kepada LKIM negeri," katanya.

Katanya, kekurangan tersebut dilihat amat ketara dalam kalangan wakil rakyat PH.

"Bukan kita kata wakil rakyat Pas semua mahir hal pentadbiran. Tapi kekurangan dalam kalangan wakil rakyat PH nampak terlalu ketara kerana mereka teraju Kerajaan Pusat," katanya.