Dana 90 juta: SPRM boleh siasat tanpa aduan rasmi

Faiz Fadzil
Faiz Fadzil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap boleh menyiasat dakwaan Pas menerima dana RM90 juta daripada Umno walaupun tiada aduan rasmi.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berkata, ini kerana menurut Seksyen 29(3) Akta SPRM 2009, SPRM boleh menyiasat sesuatu maklumat selain daripada aduan bertulis berkaitan pelakuan rasuah.

"Kes ini yang telah didedahkan secara luas oleh media dan faktanya pula telah didedahkan di dalam Penyata Pembelaan Clare adalah dokumen awam yang boleh diakses.

"Dokumen tersebut boleh dijadikan asas siasatan kerana fakta yang didedahkan membangkitkan syak berlakunya pelakuan rasuah," katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:SPRM sahkan belum terima aduan isu RM90j

Sebelum ini, SPRM mengesahkan belum menerima laporan rasmi berkenaan dakwaan Pas menerima RM90 juta daripada Umno.

Memetik portal The Malaysian Insight, perkara itu dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi SPRM.

Faiz yang juga Adun Permatang Pasir berkata, tiada sesiapa boleh terlepas dalam siasatan skandal mega 1MDB ini kerana penyelewengan dana ini adalah begitu besar dan menjijikkan.

Artikel Berkaitan:

"Keluhuran undang-undang perlu ditegakkan dengan satu siasatan adil, menyeluruh dan segera dijalankan SPRM bagi meningkatkan integriti institusi penguatkuasaan undang-undang tersebut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN :Pas tak kisah artikel Sarawak Report tak diturunkan

ARTIKEL BERKAITAN : Tarik balik saman: Hadi kunci mulut sampai 11 Februari?