X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 16 Oktober 2021

[EKSKLUSIF] Akuan Bersumpah 113: 'Siapa sumber itu, apa niatnya?'

Fahmi. Gambar kecil: Khabar angin mengenai Anwar memiliki 113 sokongan hangat diperkatakan semalam.
A
A

SHAH ALAM - Desas-desus hangat mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai 113 sokongan ahli Dewan Rakyat dalam bentuk akuan bersumpah (SD) untuk sekali lagi cuba menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya sekadar khabar angin.

Perkara itu disahkan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil ketika diminta mengulas laporan media mengatakan Presiden PKR terbabit sudah memiliki sokongan mencukupi dan bakal mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

"Itu khabar angin sahaja. Ia mula disebarkan oleh sebuah portal berita dengan menggunakan hanya satu 'sumber' yang tidak dapat dipastikan atau disahkan," ujar Fahmi kepada Sinar Harian hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menambah, amat mendukacitakan apabila timbul khabar angin sedemikian dan difahamkan Pejabat Ketua Pembangkang juga telah mengeluarkan penafian berhubung perkara tersebut.

"Apabila menulis berita berdasarkan sumber seeloknya diusahakan dua, tiga sumber berbeza untuk ‘triangulate’ atau sahkan maklumat.

"Dan akhirnya 'laporan' itu digunakan untuk timbulkan polemik malah juga penafian.

"Ini disebut taktik 'fishing expedition'. Tiada siapa yang bangkit atau sebut tapi tiba-tiba muncul. Siapa sumber itu, apa niatnya?" soal beliau.

Terdahulu, Fahmi turut menyatakan jemputan media yang tular berhubung sidang media Datuk Seri Anwar pada Isnin lalu adalah palsu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dikhabarkan akan menghadap Agong, kemuka bukti 113 sokongan

Mohamad Sabu tunggu perkembangan 113 akuan bersumpah


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!