Bot nelayan tempatan,lima kru warga asing ditahan: APMM

Bot pukat tunda nelayan tempatan Kelas C bersama lima nelayan warga asing ditahan semalam.
Bot pukat tunda nelayan tempatan Kelas C bersama lima nelayan warga asing ditahan semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebuah bot pukat tunda nelayan tempatan Kelas C bersama lima nelayan warga asing termasuk seorang tekong ditahan kira-kira tiga batu nautika dari muara Kuala Kedah, pada Jumaat.

Penahanan dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah dalam satu rondaan operasi Op Benteng Laut 1/2020 kira-kira jam 4.20 petang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, empat kru termasuk tekong merupakan warga Thailand dan seorang lagi warga Kemboja yang ditahan berusia 35 hingga 51 tahun.

“Melalui pemeriksaan, kita mengesyaki bot tersebut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat sah lesen dan kesalahan di bawah seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia.

"Mereka ada permit kerja dan disyaki berkemungkinan terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun sepatutnya hadir untuk cop pasport di Jabatan Imigresen," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah menahan bot pukat tunda nelayan tempatan Kelas C bersama lima nelayan warga asing kira-kira tiga batu nautika dari muara Kuala Kedah dan operasi Op Benteng Laut 1/2020 semalam.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah menahan bot pukat tunda nelayan tempatan Kelas C bersama lima nelayan warga asing kira-kira tiga batu nautika dari muara Kuala Kedah dan operasi Op Benteng Laut 1/2020 semalam.

Beliau berkata, kelima-lima nelayan yang ditahan telah melakukan ujian saringan Covid-19 mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, bot bersama hasil tangkapan dianggarkan sebanyak dua tan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, katanya, pengusaha bot nelayan diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukkan.

Menurutnya, APMM tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara.

Sebarang aduan dan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.