Pulau Pinang mahu kawasan tadahan air Ulu Muda dipelihara

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang menyambut baik kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat sebelum ini mengenai kawasan tadahan air di Ulu Muda.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, dalam jawapan diberikan itu menyatakan Menteri Besar Kedah telah memberi jaminan tidak akan meneroka kawasan tadahan air Ulu Muda.

Beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang akan berpegang kepada jaminan itu demi kepentingan bekalan sumber air mentah bagi keperluan kepada 4.2 juta rakyat Kedah, Perlis dan Pulau Pinang secara keseluruhan.

"Serentak itu, kami juga mengalu-alukan usaha Menteri untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi memastikan kelangsungan kawasan tadahan sumber air di Ulu Muda dapat dilindungi daripada sebarang aktiviti yang boleh mengganggu gugat kawasan tadahan sumber air yang begitu penting.

"Pulau Pinang mengekstrak sumber air mentah dari Sungai Ulu Muda di bahagian sempadan negeri. Oleh itu isu pampasan perlu diselesaikan oleh kerajaan Persekutuan sejajar dengan undang-undang dan hak antarabangsa berkaitan penggunaan air di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada sidang akhbar semalam, Kon Yeow menegaskan bahawa Pulau Pinang tidak akan tunduk dengan kerajaan negeri Kedah yang menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membayar sebanyak RM50 juta setahun bagi caj air mentah di kawasan Ulu Muda.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang pendirian bahawa ia sejajar dengan hak antarabangsa dalam menggunakan air sungai khususnya dari bahagian sempadan negeri ini.

Menurutnya, apa yang dituntut oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor itu tidak berasas dan mungkin beliau tidak mengetahui mengenai hak dan undang-undang antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini PBAPP menerima surat daripada Syarikat Penguasa Air Negeri Kedah mengenai tuntutan itu. Kita telah balas dengan menyatakan yang kita tidak akan bayar seperti apa yang diminta.

"Kita guna air dari Sungai Muda di bahagian Pulau Pinang dan ia sejajar dengan hak antarabangsa mengenai air dan undang-undang negara,” katanya

ARTIKEL BERKAITAN:'Pulau Pinang tidak akan bayar RM50 juta kepada Kedah'

PBAPP sila bayar RM50 juta setahun sebelum komen: MB Kedah

Caj RM50 juta untuk pulihara kawasan tadahan air: MB Kedah<