Zainol Fadzi antara lima ADUN terima lantikan Exco

Zainol Fadzi Paharudin
Zainol Fadzi Paharudin
A
A
A

KUALA KANGSAR - Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin antara lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menerima lantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hari ini.

Pelantikan ADUN Sungai Manik itu merupakan lantikan baharu dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Menteri Besar Perak ke-14, Datuk Saarani Mohamad.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Sultan Nazrin turut memberi perkenan untuk mengekalkan empat Exco dalam pentadbiran terdahulu.

Mereka adalah ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampung Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota) masing-masing mewakili UMNO.

Saarani (tiga dari kiri) bersama lima ADUN yang diperkenan lantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak.
Saarani (tiga dari kiri) bersama lima ADUN yang diperkenan lantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak.

Dalam pentadbiran sebelum ini, Mohd Zolkafly yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri memegang portfolio Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam sementara Shahrul Zaman sebagai Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor.

Wan Norashikin yang merupakan Ketua Wanita UMNO Perak di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, manakala Khairul Shahril sebagai Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia.

Artikel Berkaitan:

Pagi tadi, Saarani yang juga Pengerusi UMNO negeri mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-14.

ADUN Kota Tampan itu menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang meletak jawatan bersama seluruh barisan Exco pada 5 Disember lepas setelah gagal mendapat sokongan menerusi usul undi percaya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jumaat lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima ADUN Perak diperkenan angkat sumpah Exco

Saarani angkat sumpah Menteri Besar Perak ke-14